''Dimana datangnya ikhlas, jika keluhan menjadi tasbih....''

  Entahlah tiba-tiba hari ni macam nak tulis pasal benda  ni.. Hari ni rasa macam buntu sangat bila kita ni tak diberi galakkan untuk membuat keputusan. Malah keputusan kita tu dipertikaikan dan disalah erti.

    Pernah tak korang berada dalam situasi macam tu. Kadang-kadang kita ni bukan nak derhaka atau kurang ajar dengan orang tua kita sendiri. Kita bukan sombong kita ni pandai tentukan hidup kita. Tapi kan dalam sudut yang paling dalam kita sebenarnya tahu apa yang kita mahu dan yang terbaik untuk diri kita sendiri. 

Akan tiba satu masa yang anak ni akan penat dengan segala suruhan orang tua. 

    ''Anak akan buat keputusan mengikut kemampuan diri, mengikut kehendak hati.''

Yang dulu kecil menurut kata mungkin kini telah tumbuh menjadi dewasa yang sasa dalam keputusan yang dibuat berdasarkan asas pilihan sendiri. Bukan sombong mendabik dada. Tapi cukuplah ...

Teruntuk ibu dan bapa,



Jangan berkecil hati dengan setiap pilihan anak,pasti ada hikmah dan pelajaran yang Esa mahu tunjukkan. Terkadang yang tua berpendapat mereka lebih makan garam setiap keputusan yang mereka tentukan..

    ''Dengan mengatakan, selalu plan mereka tu betul . Dan setiap perkara yang anak pilih tu salah.''

Rasanya mereka terlupa...

    ''Mereka juga pernah muda, pernah membuat keputusan untuk diri sendiri ''

tetapi,mengapa setiap kali mereka tersilap langkah mereka tidak pernah untuk memperbaiki kisah hidup mereka sendiri dengan alasan mereka sudah dimamah usia dan menganggap itu semua takdir hidup yang sememang nya malas untuk difikirkan...

mereka sering mengeluh akan takdir yang mereka pilih.

    ''Dimana datangnya ikhlas, jika keluhan menjadi tasbih....'', sehingga anak perasan 

Sifat orang tua ni kadang-kadang macam tak pernah buat silap...kadang yang tua bangga cakap yang keputusan mereka betul dalam menentukan sesuatu. 

Bukan derhaka, tapi kadang kadang desakan dan egonya orang tua itu sendiri membuatkan anak-anak mereka bertindak begitu.

    Anak-anak semakin membesar melihat perilaku orang tua yang masih tidak bersatu dalam kata. Anak-anak memberi jalan penyelesaian tetapi orang tua tidak mengambil penyelesaian itu sebagai penyelesaian. Ternyata ego mereka itulah yang memecah segala..

Aku rasa mindset kita semua perlu diubah dalam membesarkan anak. Memang tidak dinafikan pengalaman adalah guru terbaik kehidupan. Walaupun aku ni orang cakap baru setahun jagung dalam bahtera perkahwinan. Senang cerita tak layaklah kalau nak bagi tips kat orang yang lebih tua.

Tapi, kadang-kadang anak ni lebih dewasa daripada orang tuanya sendiri.

Mana taknya, kalau anak-anak ni menjadi saksi orang tua yang selalu berkelahi, tanggungjawab lari. ANAK-ANAK MEMERHATI!

anak anak tengok tingkah laku kita sebagai orang tua. 

anak anak tahu beza mana buruk dan baiknya orang tua. Apa yang kita lihat disisi orang tua kita, ambillah segala kebaikannya jadikan sebagai rujukan, yang buruk itu jadikan tauladan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE