Boleh tak mertua²/keluarga mertua/ipar/mak²...... apa apalah gelaran....

 


Boleh tak mertua²/keluarga mertua/ipar/mak²...... apa apalah gelaran....,


 stopkan mindset dan katakan pada anak²/menantu² yang...


"waktu suami/isteri sayang kita memanglah pijak semut pun tak mati"


" hidup suami isteri ni berputar kadang² kita kat bawah, kadang² kita kat atas"


"perkahwinan korang baru lagi.... tak semestinya bahagia je..."


.......


Boleh tak jangan samakan pengalaman yang anda lalui berakhir sama dengan pengalaman anak² anda lalui..


Boleh tak stop cakap " bukan nak mendoakan, tapi...." lepas tu bandingkan pengalaman buruk anda yang anda lalui dengan pasangan anda kepada anak² anda.


Boleh tak stop fikir "anak tak kenang jasa/anak dah lupa daratan", sedangkan dia sedang take a break daripada toxic family sendiri dan tengah stabilkan diri dia.


Boleh tak stop cakap " nanti dah tua, kalau anak buat macam ni... baru tahu...". Sedangkan masalah itu berpunca daripada anda dan suami.... bukan anak².


.........


Nak cari kebahagiaan bukan dengan sesiapa... 


tapi semuanya bermula dengan diri sendiri....


andai tak bahagia dengan pasangan anda... 


mengapa anda diposisi yang sama mencari seribu alasan... 


yang pada akhirnya orang lain yang terkesan...


usah asyik difikir kecilnya hati anda sahaja...


sedangkan anak² anda juga punya hati...


mungkin dah lama mati...


Berdepan dengan situasi menghadapi mertua dan orang tua sememangnya kadang-kadang membuatkan kita rasa struggle untuk puaskan hati mereka, ditambah lagi dengan keegoan mereka yang tinggi membuat kita rasa penat melayani emosi yang pada akhirnya juga dipersalahkan.

Kita sebagai anak boleh dikatakan sering makan hati apabila mendengar kata kata mereka yang berbaur sindiran seolah olah mereka itu tiada salahnya. Sabar sering menjadi jalan akhir dikala kita buntu untuk mempertikaikan setiap perdebatan yang sememangnya ego yang tua susah dikalahkan.




Apa yang korang buat kalau berdepan dengan situasi begini? (*peranan sebagai anak)

1. Sebagai seorang anak kita boleh take a break sekejap daripada toxic² family , dengan cara ini membuatkan kita lebih sabar dan berfikir secara berhati hati untuk tindakan seterusnya.

2. Biarkan mereka berkata, asalkan kita tahu diri kita macam mana. "Tiada siapa yang mengenal diri kita , melainkan kita sendiri". Mulut orang kita susah nak tutup, dia berfikiran tidak baik pun kita susah nak halang. Biarkan dia... fikir gini je. Dalam Dunia ni memang akan ada orang tak suka kita.

3. Menjauhkan diri sekejap, jaga setiap perbicaraan. Berdepan dengan toxic family,  akan ada ahlinya yang talam dua muka. Berbuat baik depan kita, dan menceritakan hal² yang tidak baik tentang kita pasti merupakan pelajaran yang terhebat pernah kita rasa bila someone in our family / fil kantoi talam dua muka.Kita pasti trauma jika tersalah cakap. Apa yang kita boleh buat elakkan selalu berkomunikasi. Ini bukan sahaja dapat menjaga diri kita, tapi dapat mengawal situasi jadi lagi teruk.

4. Berserah dan tawakal pada Allah supaya hati mereka dibersihkan dari berprasangka buruk dan diberi hidayah. 


 Hidup tak selalu Indah! 

Tapi kebahagiaan itu milik untuk sesiapa yang mencarinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE