Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 17, 2022

itu bukan pengalaman, itu ego...

Imej
 Perasan tak semakin kita berpengalaman, semakin kita dewasa.  "Yang dulu rapat, kini terasa semakin jauh" " Yang dulu ramah, kini terasa sepinya".  Dewasa ni kan dia proses dimana kita merasai kita banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan, proses dimana kita melalui banyak pengalaman yang kita tak jangka dek akal kita. Tup...tup kita berjaya melaluinya. Rasa macam eh tak sangkalah dapat melalui benda ni, Rupa rupanya kita berjaya melalui dan kita tahu benda tu tak mudah. Dah dewasa rupanya aku ! Dewasa banyak mengajar kita redha dalam setiap ujian yang kita pilih yang pada awalnya kita tak tahu sama ada keputusan atas pilihan kita buat tadi akan berakhir dengan baik ataupun tidak. Kita dapat menjalani perkara perkara yang kita rasa mustahil dengan baik. Waktu remaja orang cakap, darah masih muda kita akan cepat melenting dan suka memberontak. Tapi bila mana kita mencapai dewasa kita akan lebih matang dalam setiap keputusan yang kita buat. Walau terkadang bila usi

Kawan ni ada macam macam jenis :)

Imej
  Takde angin takde ribut.  Tiba-tiba dia suruh kita promote barang dia. Rasa awkward an bila dia tak pernah tanya khabar selama bertahun tahun. Kita ada number phone dia pun sebab kita pernah support bisnes dia, sedangkan dia tak pernah pun peduli pasal kita. Pernah jumpa tak kawan yang macam ni. Waktu hani nak type ni rasa macam sebak sangat sebabnya apa.... "Aku dan kau pernah jadi kawan baik, tapi sayangnya yang menganggapi aku sebagai kawan baik itu cuma aku..." Sebenarnya, hani dah penat untuk cuba setia  mendukung setiap perkara yang kawan pernah menjadi sebahagian orang yang penting dalam hidup kita. Kadang-kadang kita cuba untuk mengekalkan silaturahim tu tapi dia yang menjauh. PENAT... Diri ini bukanlah minta untuk dibalas, tapi cukuplah dengan menghargai... Sekarang memang ramai hani tengok sahabat handai kami sendiri banyak mencari rezeki dalam laman sosial mereka masing². Hani ni pulak jenis yang kan support kalau kawan hani berbisnes. Rasa macam nak appreciate d