Part 1 : cari kerja singapore



okay hari ni , nak share something pasal kerja luar negara.  Pengalaman  bekerja sebelum ni di Singapura bolehlah korang ambil tahu tak banyak sedikit pun bolehla kan ?

Daripada tak ada langsung. Okay, first kalau korang nak kerja Singapore ni korang boleh siapkan resume korang nice nice punya untuk di "submit" kepada syarikat syarikat yang korang nak kerja. Janganlah hantar satu je resume kepada satu company, lagi banyak kau hantar lagi besarlah peluang untuk kau dapat kerja .  Make sure, kalau kau nak hantar resume dah buat research lepas tu tahu serba sedikit pasal company tu.

Macam saya , saya minat "art" jadi aku carilah "art studio yang ada kat Singapore tu yang ada jawatan kosong.  Kalau korang nak kerja akauntan ke, graphic design, architech ke pastikan company yang ada advertise vacancy job tu ciri ciri diaorang nak ada pada korang. Ni contoh tau. tak kisahlah korang nak kerja apa bidang pun.

CHOPP!

sebelum tu.

Nak cari kerja kat Singapore ni selain

1. Hantar Resume

2. Korang bolehlah cari kerja kerja kosong dekat iklan akhbar singapura ye.  Hah ! macam mana nak dapatkan suratkhabar tu korang bolehlah cari kat 7 eleven Singapore ataupun cheers kat Singapore tu, kalau station minyak pun ade jual surat khabar tu. kalau nak free korang pergilah public library diaorang.  Confirm banyak sebab library kat sana memang akan ada suratkhabar tu.

3. Beranikan diri untuk tebalkan muka pergi tanya ada vacancy job .  Kalau dah hantar resume tak jalan , cari surat khabar tak jalan.  korang kena tanyalah sendiri company tu ada jawatan kosong atau tak.

4. join group FB yang kaitan tentang info kerja Singapore.

5. Nak kerja Singapore , kena kuat lepas tu jangan memilih. Maksudnya memilih tu, kalau halal dari segi hukum agama cuma bidang kerja tu tak standard korang grab je peluang tu. Sementara tu, korang boleh kumpul modal dan ada tempat korang nak menapak.(tahu batas batas dalam islam apa yang boleh atau tak boleh) .


DAN lagi satu kalau kau nak kerja Singapore ni kau nak dapat banyak duit , make sure kau dah bersedia menghadapi segala kemungkinan untuk homesick, tahan lapar sebab awal awal bulan tu mungkin kena jimat jimat kiranya kau kena kuatlah.  Tak boleh cengeng cengeng.

Pada pengalaman sendiri, please jangan cari kerja melalui agent , sebab kebanyakan diaorang ada yang tipu.  Sebab ada sorang member dah terkena.

Nanti next post , aku share lagi pasal kerja Singapore. tu pun kalau ada yang berminatlah. HAHAHA



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE