INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE


Oleh kerana vote aku pada beberapa minggu lepas , followers aku lebih tertarik kepada
INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE
maka aku share yang itu dulu lahhh ye, sabar manusia manusia yang masih setia membaca blog sesendu ikan masin aku ni.
*Untuk budget tu, In shaa Allah next post.


PERKARA PENTING SEBELUM KE SINGAPURA :
1. Korang perlu ada hati yang cekal dan tubuh badan yang sihat.
Kenapa?
Sebabnya, kerja singapura ni memanglah pendapatannya lumayan, tetapi korang takkan terhindar daripada perkara seperti homesick, pilu diperantauan dan stress. Singapura ni negara dia maju, kalau boleh semua benda nak kena PERFECT, bagi menghadapi ke '' PERFECT" an nye tu korang akan merasa stress yang luar biasa.
Tubuh badan pun perlulah sihat sebabnya nanti korang akan banyak sangat berjalan mencari kerja .
2. Pastikan korang mempunyai wang yang mencukupi sewaktu travel mencari kerja di Singapore.
Kenapa?
Tiada benda yang free ye dalam dunia ni. Setiap kali kau melangkah mencari kerja pasti akan menggunakan wang yang banyak. Ingat sana tukarannya dolar. Aku sarankan korang standby lah paling kurang RM 1300 (sorang), sebab tukarannya agak tinggi. Mungkin lepas tukar dolar korang boleh dapat  $450. Ni anggaran sahaja. Biar lebih asal selamat. NANTI PASAL BUDGET AKU SHARE NEXT POST.
3.Korang dah check passport belum
Kenapa?
Pastikan passport korang tak expired . Tak digalakkan travel atau mempunyai passport yang hampir tarikh expired seperti 6 bulan dari tarikh expired passport korang. Dikhuatiri tak lepas di imegresen.
4.Bawak air mineral lebih
Kenapa?
Di singapura tandasnya banyak yang tiada paip. Ada juga yang pakai bidet toilet. Tapi bidet toilet biasa ada kat airport macam mall dan mrt diaorang jarang ada. Air mineral ni penting untuk basuh khazanah korang yang berharga tu dan air mineral juga boleh digunakan untuk dijadikan air wudhu.
5. Bawalah mat /sejadah kecik/telekung/aurat cover
Di singapura juga, jarang mall ade sediakan tempat solat. Cari kerja cari kerja juga, solat jangan tinggal.
6. Beli simkad singapura (kalau korang mampu)
Kenapa?
Simkad ni penting, contohnya korang dah dapat panggilan interview. Korang dah bagi email. Ada juga interviewer ni nak phone number singapore. Jadi sangatlah penting. Simkad ni pun penting juga kalau kau tiba tiba tak boleh balik malaysia. Nak kena sewa hotel. Ke ape ke. Bolehlah guna nak layari internet . Tapi kalau korang ada niat nak sewa hotel memang kena keluar banyak duitla. $450 tak cukup ye.
NANTI PASAL BUDGET AKU SHARE NEXT POST.
7. Nak ke singapura tu naik apa.
Kenapa?
Ada 2 cara nak ke singapura
1. Naik flight
2. Naik bus
*Ni pun aku akn sharing next post.
8. Google
Kenapa?
Tolong buat research alamat singapore yang korang nak cari tu melalui google map pastu tengok kat direction dia. Pastikan untuk starting location  singapore korang tu dari
WOODLAND CHECKPOINT (kalau naik bus)
CHANGI AIRPORT (kalau naik flight).
Janganlah korang letak starting point korang untuk nak cari alamat kerja di singapura tu dari alamat pedalaman korang yang kat malaysia tu.memang jenuhlahhh nak sampai.
Guna google map tu bila da sampai singapura. Baru guna.
9. Temporary visa ( white card)
White card ni korang boleh dapat bila dah sampai singapore immigration nanti. Benda ni nanti akan di periksa oleh pegawai dioarang. Bawak pen siap siap sebab white card ni dia mcm borang juga nak kena isi. Dan pastikan jangan hilang. Nanti lepas diaorang dah periksa, diaorang akan koyakkan part yang spatutnya. Nnti part yg dia koyakkan tu korang kena simpan selama kau berada di singapura. Kalau tak silap white card ni valid utk 2 minggu je. Kalau kau stay lebih dari 2 minggu tak renew baru. Korang kena denda.
10. Nak ke singapore tu pun ada hari dia dan waktu dia.
Kenapa?
Korang boleh je nak suka hati pergi hari apa bila semua tu.tapi kalau jammed rabak korang jangan salahkan aku ye.ni khusus untuk yang naik bas. Haha. Aku sarankan korang pergi hari selasa, rabu,khamis.Sebab apa aku takut kalau korang pergi hari sabtu ahad (banyak company cuti) ahad isnin orang singapore masuk malaysia (johor) berduyun duyun non stop. Kadang kadang jammed sampai berjam jam.
Dan waktu pula. Korang janganlah buat janji petang sangat sampai waktu asar. Memang jammed la wuii.. aku sarankan korang dah masuk singapore tu waktu pagi. Pukul 8 pagi mesti dah kat dalam singapore. Nanti korang boleh plan sampai alamat korang tu. Korang kena standby dengan segala kemungkinan untuk beratur panjang dan menghadap jammed.
11. Pastikan nama korang tak disenaraihitamkan (blacklisted) .
Kenapa?
Korang kalau blacklisted lupakanlah hasrat korang nak ke singapore peluang kerja tu, settlekan hutang dulu. Jangan sampai blacklist. Bayar ontime. Baru boleh cerita.
12. Dokumen / sijil bertauliah korang tu prepare siap siap.
Kenapa?
Yelah, korang mestilah prepare ni interview utk korang. Penting tu..
Benda benda kecik macam ni nampak simple. Tapi penting ye... Takkanlah korang nak patah balik malaysia amik sijil korang.
13. Basic english
Kenapa?
Kena tahulah serba sedikit cakap english, tahu macam mana nak react. Takpe kalau korang tak berapa pandai atau nervous. Percayalah nanti lama lama kau akan okay !
Kita belajar dari pengalaman❤️
Sebarang pertanyaan boleh tanya je aku kalau tak faham. Dan boleh follow :
Instagram aku : @nurhanazmi
Facebook aku : Siti Nurhani Azmi
Blog aku : mrsfortis.blogspot.com

Ulasan

  1. Sekarang untuk 2022. Temporary card. White card da takde tau. kena download ica utk sg arrival card.

    BalasPadam
  2. https://mrsfortis.blogspot.com/2022/04/cari-kerja-luar-negara-update-terbaru.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore