Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1


Aku tak hina orang kerja kilang, tapi....
Aku percaya setiap rezeki dan bidang pekerjaan seseorang itu adalah bahagian masing masing. Masyarakat kita kan, bila orang kerja kilang ni dia punya pandang rendah tembus sampai ketanah bumi . Aku dulu ada juga pengalaman serba sedikit kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM keluar.
Macam yang selalu aku nyatakan, aku orangnya jenis yang tak memilih pekerjaan asalkan halal dan mampu berdikari, tak susahkan orang.  Ni pengalaman akulah, korang amik jelah yang baiknya yang buruk jadikan tauladan.
Kerja kilang sudah semestinya ada shift, ada OT. So nak jadikan cerita dulu, masa aku apply kerja kilang kat company electronic ni dia memang buka jawatan kosong untuk budak budak yang tengah tunggu SPM. So, aku pun applylah dengan member aku . Aku ingat aku dapatlah sekali dengan member aku, rupanya aku sorang je yang dapat . Tak bestlah ,takde geng.
Masa dapat tu happylah, sebab aku rasa macam aku dah boleh tolong family aku ape semua dan masa tu juga aku nak kumpul duit untuk sambung belajar peringkat diploma. Waktu dapat kerja tu, company tu akan ambil seramai pekerja yang boleh mengikut batch. Masa turn batch aku tu lebih 20 orang dapat. So, manusia 20 orang ni termasuk aku lebih kurang sebaya dan ada juga yang tua dari aku kena hadir untuk safety briefing dengan buat medical check up.
After dah selesai buat safety briefing dengan medical check up , pihak pengurusan syarikat akan bahagikan beberapa kumpulan. Dan time tu, kalau tak silap aku dibahagikan 3 bahagian. Aku tak ingat yang lagi 2. Aku ingat bahagian aku je.Aku dapat bahagian mounting board.
Hari pertama masuk kerja tu dah dikira masa buat safety briefing dengan medical check up, diaorg akan bagi uniform dan locker sekali pastu balik. Masuk hari kedua, orang yang sama batch dengan aku ada lebih kurang 7 orang masuk sekali department mounting board. Semua perempuan dan sebaya aku . Aku tak berapa ingat yang lagi 4 org. Yang aku ingat cuma tiga .
*  D, F ,yah (bukan nama sebenar, nama dirahsiakan bagi tujuan menghormati rakan). Aku dengan 3 orang ni dapat sama tempat. Aku paling rapat dengan YAH sebab dia kerja memang sebelah aku.Dia tua sikit je dari aku. Baik sangat. Masa hari yang start kerja tu, kami sebagai newbie akn diberi masa seminggu utk tgok pekerja lain buat kerja. So, tercongoklah aku melihat mereka buat kerja sambil diri 12 jam ye.
12 jam berdiri ye. Bayangkanlah. Berdiri satu tempat
Memula nak adapt tu , susah jugek. Sampai sakit sakit kaki ni tapi lama lama dah biasa. Umur muda lagi time tu so macam skema skema ikut pekerja senior. Alhamdulillah aku kerja kat kilang tu, tak pernah kena buli ke apa.
Tapi yang aku sedih , kawan batch aku kena buli teruk sampai demam demam nangis nangis budak tu. Nama dia F yang aku cakap masuk sama batch tadi.
Setiap production dalam department mounting board ade banyak line production. Dalam line production ni ada Line leader, quality checker, operator production, rubber production. So, kami yang baru ni biasa supervisor akan letak kat operator production.
Aku dapat line production A1,dari line leader sampailah ke rubber production memang sporting habis. Yang kawan aku pulak ni dapat line production A2. A2 ni memang terkenal dengan line leader yang garang , suka buli. Kira sapa yang masuk A2, habislaaaa. Ade beberapa ketul manusia je yang ok. Budak baru masuk mestilah kawan dengan budak baru masuk juga. Dan kebanyakan line leader ialah perempuan.
Si F ni memang selalu luahkan masalah dia kat aku,D,YAH. Ni aku bukan cerita saja saja ye. Aku nampak apa yg line leader dia buat dengan budak baru. Dia kasi buli habis. Operator production line A2, memang takkan bantu budak baru . Aku pun sedihlah F ni nangis nangis cerita. Kekadang sampai D ngan YAH pun sedih gak dengar cite F ni.
Kalau siapa yang pernah kerja kilang , tahulah macam mana line production tu berjalan. Korang kene cepat buat kerja. Kalau tak cepat, Barang kat tempat kau akan bertimbun. Dan bila bertimbun org production lain akan tunggu barang dari kau. Bila kau tak dapat nak settle ikut target. Nanti kau kena marah sebab lambat.
Boleh dikatakan setiap harilah F ni kena buli. Yang aku tak sangkalah dan buat aku macam serik kerja kilang ni. Kebanyakan diaorang ni suka berpuak dan pangkat is everything. Kau pandai bodek , dapatlah kau kerja senang. Aku rasa environment orang kerja kilang ni macam toxic tau. Ade yang baik, baiklah. Ada yang tak baik, teruk juga kena. Aku taknaklah pukul rata. Ni yang aku laluilah sepanjang aku pernah kerja kilang dulu.
Kerja kilang ni pengalaman yang aku paling tak suka. Walaupun bukan aku yang kena, member aku yang kene. Aku macam still trauma lagi. Haha , yela mungkin masa aku kerja tu budak lagi . Macam suci gitteewww.
Tapi sekarang, aku ambil benda tu sebagai iktibarlah. Dan aku nak nasihatlah sikit yang suka berpuak puak kat kilang tu. Aku ni still boleh hormat lagi kau kerja kilang ke angkat sampah ke. Yang aku kisah perangai kau. Jadi orang biar baik, janganlah suka buli buli budak baru. Kau ingat bagus ke cara camtu. Budak tu entah ada masalah kau tekan tekan dengan cara buli yang kasar kau ingat budak tu tak boleh depress ke. Orang masuk kerja cari rezeki nak happy happy.
Baik baik nak beribadah cari rezeki, tambah dosa je nanti.
Aku kerja kilang tu tak lama sebab dapat sambung belajar. Terus aku lost contact dengan F. Aku tak tahulah apa nasib dia sekarang. Aku harap Allah lindungilah dia dari perkara yang tak baik dan Allah jaga dia.
Seiingat aku, line leader A2 tu tak kawen sampai sekarang . Umur nak dekat 50 . Aku rasa dia perlukan suami. Aku harap dia berubahlah jadi line leader yang baik dan tak suka buli buli. Dan yang paling penting apa apa solat tu jangan tinggal. Banyak juga manusia manusia toxic di kilang tak solat . Banyak daripada mereka habiskan masa untuk tido sebab penat berdiri.
Ingin aku tegaskan, ini pengalaman aku dan apa yang aku nampak depan mata aku. Dan aku tak pukul rata semua orang kerja kilang sama ye. Ada yang baik dan ada juga yang tak berapa baik.
SAY NO TO BULLY
Kisah aku 7 tahun dulu
Hasil perkongsian cerita daripada tuan empunya blog :
Instagram aku : @nurhanazmi
Facebook aku : Siti Nurhani Azmi






Ulasan

  1. Assalamualaikum cik kak, yup apa yang diceritkan tu, memang betul, walaupun sekarang dah 2020 (baru jumpa posting pada saat ini) masih lagi macam nie. Semua tempat sama saja, saya juga kerja kilang, and yup, memang tak dinafikan memang ada wujud macam nie, so saudari, saya harap awak dapat kerja yang lebih elok dari ini ya. Reality nya, yup kerja kilang nie gaji memang besar, tetapi tu la orang-orang nya fikirannya tak la bergitu besar, disebabkan kurang social life. Every 24/7 working always, and yup di tempat saya pon ada sama jugak umur dah lebih masih lagi tidak berkahwin, sekian kongsi cerita saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi share. Apa yg baik kita ikut, yg x baik jadikan tauladan ✌️

      Padam
    2. Saya doakan urusan saudara saudari dipermudahkan. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah dan org zalim.

      Padam
  2. Btol bro kerjan kilang nie mmg ad yang suka memulau...lepastu nak output tinggi2...mcm lembu Kita dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada orang orang yang zalim.

      Padam
  3. Aku dlu pnah kje kilang semickjeonductor..kje 12jam..3 tahun je sbb x tahan dgn prsekitaran dan perangai manusia di dlm kilang tu..mmg btul ape yg ko ckp..kje 1 shift tpi berpuak..suka membawang..suka memfitnah atau reka2 cerita..kbanyakan operator pempuan..mcm haram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dijauhkan daripada segala musibah dan daripda manusia yg zalim.

      Padam
  4. Berapa hri pnggiln kerja org tu pnggil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau panggilan kerja .lebih kurang seminggu gitu.

      Padam
    2. Saya doakan urusan saudara saudari dipermudahkan. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah dan org zalim.

      Padam
  5. Betul tu org kerja kilang suke brpuak2 duduk brlonggok mmbawang bila dh hbis output sejam sebelum balik atau bila bila masa yg ade free mreka brjalan ke line kawan2 cri gang nk mncarut mmbawang. Melayu paling teruk prgai. Operator pmpuan cam hanat layan budak baru masuk macam acuh tak acuh sombong ya raabi. Mcm dh bagus sgt kira dh kerja 2thn tu dh cukup pandai kerja. Klau kau pandai ape tknk mintak je naik pngkat. Jgn stay operator brtahun smpi kau tua. Poraah.. operator melayu senior yg sombong2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak faham kenapa ada segelintir manusia macam tu... sombong sombong nak kemana...semoga urusan saudara saudari dipermudahkan segala urusan .bahagia dunia akhirat.

      Padam
    2. Saya doakan urusan saudara saudari dipermudahkan. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah dan org zalim.

      Padam
  6. Ko citer mcm ni dh xde mood aq kerja kilang btw aq baru abis interview sorrylaa aq bukn manja tapi aq stay terengganu dapat kilang kat johor xnaklaaa sebb perangai melayu jahat aq terpaksa pataah balik terengganu nnti..seblum pergi kena tahu2 skit apa2 Hal kat sama..tq sebb share ya 😂😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. yang baik kita ambil,yang buruk jadikan sempadan.semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat .

      Padam
    2. Saya doakan urusan saudara saudari dipermudahkan. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah dan org zalim.

      Padam
  7. saje search pasal kilang and muncul hat ni. baru nak start search kerja kilang sebab ada masalah personal dan diploma aku burn macam tu je. lepas baca ni, gak tahu mahu apply kilang or tak. aku dah stress nd jangan bagi stress sekiling aku pula 🤣 kalau kerja okay je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan urusan saudara saudari dipermudahkan. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah dan org zalim.

      Padam
    2. baik, lagipun buntu nak buat apa now, lepas drop diploma 2 weeks do hhahaha

      Padam
    3. better kerja kan daripada menganggur. in shaa Allah boleh . secara mental kena kuat. biasalah dunia ni banyak ujian. kalau tak da ujian bukannya dunia tu syurga.. gitewwwww.hehehe

      Padam
  8. Kerja kilang ni okay je. Masalahnnya banyak org toxic. Lagi2 yang senior. Selalu, kalau yg lelaki ok je. Yg operator perempuan ye mcm pelik sikit. (Tak semua,tapi common) Kalau budak baru masuk macam apa dibuatnya...

    BalasPadam
  9. Bru jumpa blog ni saya ni bru nk intern kt kilang tp hrp2 xda apa sngt risau jugak😂 kdg terfikir jgk rehat yg kilang bg tu sempat ka nak makan and solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa ALLAH,boleh. Semua bergantung pada kita untuk menguruskan masa dalam menjalankan ibadah . Masa hani kerja dekat kilang dulu. Pihak kilang memang peruntukkan masa untuk semua worker solat. Hani doakan awak semoga segala urusan awak dipermudahkan dan dijauhi daripada orang orang yang zalim.

      Padam
  10. Balasan
    1. kilang elektronik . saya kerja 10 tahun yang lalu.

      Padam
  11. Alhamdulillah. Smga dpt meraih pahala sebanyak-banyaknya ditempat kerja or dimana shj. Doa org2 dianiaya In Shaa ALLAH makbul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MashaAllah . betul tu. semoga kita semua dilindungi daripada orang² yang zalim.

      Padam
  12. MashaAllah betul². semoga kita semua dilindungi daripada orang² yang zalim.

    BalasPadam
  13. Kerja kilang ni ok je.kalau kat ipoh aku pernah kerja kilang Finisar&Yamaha.mcm die ckp la melayu mmg terok.dh mcm saka perangai.mgkin sbb environment kilang yg menyebabkn otak2 melayu ni gagal berfungsi.sekarang otw kilang lain pulak.nak kerja tmpt lain boleh tp 2 la gaji store manager 7e pun xdpt gaji byk mcm kilang.aku keje kilang sbb duit.utk yg belum pernah kerja kilang try la.balik rumah tinggal saka2 kilang kat luar.InsyaAllah mampu bertahan.niat 1 je.nak cari rezeki halal.xpe keje mcm kuli bangunan asalkn hujung bulan masyuk.org lain risaukn duit xda ko yg kje kilang xyah pk dh.pk aku yg cantik ni je.muahahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu gaji kerja kilang memang besar. Tahan tak tahan jelah hadap toxic environment. Semoga dipermudahkan urusan semua ya.

      Padam
  14. Ada je org perangai mcm tu,sbb aq pernah kerja kilang dlu..1 Line aq ni mmng toksik,sbb ada suka maki orang,cari salah kita sendiri walaupun kita ikut arahan kerja,marah kita sbb bertanya n xtanya pun dorng marah kita jgk sambil sindir kita,penjilat bos,kaki bodek bos,berpuak2,ngn leaders aq yg x jaga anak buah sendiri.Sampai aq nk pg tandas pun dia xnk ganti aq,suruh aq cari bdk lain ganti aq,sakit btol hati aq..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE

Part 1 : cari kerja singapore