Masuk singapore kena guna white card lagi ke?

Wahhhhh banyaknya yang berminat nak cari rezeki dekat Singapore kan?
Alhamdulillah baguslah kan ramai yang nak ubah nasib hidup, nak lebih berjaya dan nak bantu keluarga. Tapi nak diingatkan cabaran bila kerja di Singapore ni pun boleh tahan kuat. Hati nak kena kental. Bukan nak cakap apa, banyak budak² yang nak kerja Singapore kebanyakannya lembik. Tak kuat!

Baru kena tegur sikit, koyak....
Takde member yang sekepala, koyak.....
Baru kena bagi kerja banyak sikit, dah rabak.....
Baru kerja dua, tiga hari dah nak apply kerja lain....
Kawan dah beria tolong boleh pulak tak datang kerja....
Beria nak kerja mula², lepas tu ponteng.....
Baru hadap jem, dah rabak.....

Banyak lagi tauuuuuuu sebenarnya cuma malas nak cerita. Anggapla semua ujian yang kita lalui ni ada kemanisan dihujungnya. Percayalah lepas korang dah hadap perkara yang menguji kesabaran, korang akan happy bila dapat gaji nanti setimpal dengan pengorbanan kau.
Okay sebenarnya topic hari ni hani nak share pasal white card masuk Singapore.

Kalau dulu, masa zaman sebelum covid memang guna white card kalau nak travel masuk singapore atau korang nak walk in cari kerja singapore sana.
Sekarang ni dah tak guna dah cara camtu.... White card dah pupus da. 

Sekarang guna sistem baru.

Untuk 2022 ni, dah guna SG arrival card ada dalam apps MYICA
Korang kena guna apps ni :

korang kena download and korang bolehlah isi maklumat korang dekat situ.


Okay, semoga ni menjwab pertanyaan korang mengenai white card masih guna lagi ke tak.

Hani doakan semoga segala urusan korang dipermudah dan kuat mengharungi segala badai yang melanda sepanjang korang mencari peluang dan rezeki disana.

Hasil perkongsian cerita daripada tuan empunya blog :
Instagram aku : @nurhanazmi
Facebook aku : Siti Nurhani Azmi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE

Part 1 : cari kerja singapore