First time buka buku pink di Malaysia, apa perlu saya buat?




Assalamualaikum semua. Hari ni hani saja nak share  pasal buka buku pink dekat Malaysia ni. Hani dahlah first time, buka buku pink ni. Sebab sebelum ni anak yang pertama lahir dekat luar negara.

Sebelum kita nak buka buku pink tu mestilah kan kita buat research apa yang perlu kita buat, apa benda yang kita kena prepare. So, hani decidelah nak pergi ke klinik kesihatan yang berdekat untuk buka buku pink ni. So, nurse kat situ adalah  cakap yang kita kena standby :-

1) sijil nikah

2) kad pengenalan suami isteri

Disebabkan anak pertama hani lahir dekat luar negara, kitaorang takda buku rekod anak yang 1st . Ada tu ada tapi dalam bahasa Arab, lepas tu kitaorang ada buku rekod kesihatan pink yang 1-6 tahun tu je.

Dokumen ini antara yang kena standby waktu hani nak buka buku pink.

Alhamdulillah masa di Mesir banyak kitaorang punya appointment untuk suntikan anak kitaorang dah settle. 

Agak terperanjat sebenarnya waktu kitaorang ada check up untuk anak yang kedua ini terlampau banyak kali pergi check up dalam satu bulan. Sampai hani naik letih. Rupa-rupanya macam ni ek check up dekat Malaysia.

Ingatkan masa dulu kat Mesir rasa macam struggle gila sebab melahirkan dekat luar negara, berpantang pandai-pandai sendiri dekat luar negara rupanya dekat negara sendiri lagilah struggle. Struggle dia lain macam. Hahaha... Saja nak sedapkan hati kita just letak mindset "just enjoy the moment jelah , nanti rindu". Tak taulah nak rindu ke tak ek. huhu

    Rata-rata yang hani baca pengalaman-pengalaman orang yang melahirkan bersalin apa semua. Diaorang okay je bersalin tapi diaorang trauma untuk hadap perkara-perkara seperti kena seluk, lepas tu doktor praktikal datang ramai-ramai untuk belajar macam mana check bukaan dan bersalin. Bila baca pengalaman-pengalaman ibu dalam wad bersalin rasa seriau dengarnya. huhu

    Yelah sebab hani pun ni merupakan first time bersalin di Malaysia. Jadi, bila baca atau dengar pengalaman orang ni rasa tak tenteram rasanya. huhu..Bagi hanikan sebagai seorang ibu, bersalin ni okay je. Tapi yang jadi tak okay bila kita merasai pengalaman yang tak best dalam wad bersalin macam kena perli dengan staff nurse, lepas tu kita dikendalikan oleh doktor-doktor pelatih yang baru nak belajar apa semua kan. huhu... itu yang membuatkan kita rasa seram untuk melalui journey yang sama.

    Tahun 2022 ni bagi hani tahun yang sangat mencabar untuk diri hani sebab Allah sayang sangat dekat hani dia bagi ujian macam-macam. Antaranya, untuk 2nd pregnancy ni hani ni sangkut pulak minum air gula. Masa dekat Mesir dulu hani melahirkan anak pertama hani takde pun  minum air gula apa semua ni, pantang larang masa dekat Mesir hani tak boleh makan pedas dengan air gas. SIMPLE JE. huhuu

    So,waktu hani buka buku pink tulah dalam masa 2 minggu lepas tu datang lagi KK untuk minum air gula. Jadi bila kita kena minum air gula tu,the day before kita kena puasa . Lepas jam 10 malam tak boleh makan . Jadi esok paginya datang klinik kita akan minum air gula lepas minum air gula tunggu 2 jam lepas tu nurse akan ambil darah kita lagi. Lepas tu nanti nurse akan updatelah kat kita sama ada kita ni ada GDM atau tak.

    Mula-mula tu hani tak tahu pun GDM tu apa. Yelah pengalaman sebelum ni bersalin di Luar negara tak sama dan berbeza. Bila dapat tahu je mengandung untuk yang kedua ni. Inilah pengalaman hani yang baru. Rupanya, GDM tu kita ada kencing manis waktu pregnant so segala benda manis apa semua makanan kita kena control dan jangan sampai over limit. Sebab bahaya untuk kandungan dan diri kita.

   Hari tu hani adalah tanya kan doktor kalau contohnya kita ni ada GDM kita tak boleh bersalin normal ke?

pastu doktor tu cakap...

"kalau ibu yang mengandung ada gdm on diet dan still control pemakanan jaga diet , boleh bersalin normal, tapi kalau misal kata ibu pregnant dah on insulin atau ambil ubat kena serah diri 2 minggu lebih awal (kiranya beranak awal)".

setakat tu itulah yang hani faham. 

Lepas tu kan Doktor tu tanya hani, kat Mesir takde ke minum air gula atau check GDM ni. Hani pun cakaplah, takde pastu hani cakap lagi.

"kalaulah kat Mesir ni ada check GDM apa semua , mostly orang-orangnya akan sangkut kencing manis juga". Sebab orang sana suka makan benda manis-manis dan tubuh badan diaorang pun agak semangat semuanya. Apa yang hani perasan ya, check up di Malaysia ni bersifat caring, while masa di Mesir bersifat santai dan chill-chill je. HAHAHA    

    Kalaulah kan korang tanya hani mana lagi best, check up di Malaysia atau di Mesir ?

Hani mungkin prefer check up di Mesir, sebab lebih santai dan tak terlalu pressure. Disebabkan hani ada darah gemuruh dan susah nak rileks bila tempat ramai orang , hani tak suka orang-orang pressure hani sedangkan benda tu boleh rileks, sebab bila start dengan pressure hani akan stress dan akan start overthinking. Bila overthinking mulalah anxiety hani.

Hani hanya mampu berdoa dan bertawakal pada Allah atas segala ujian yang Allah bagi dekat hani ni sepanjang tempoh 9 bulan ni . Semoga ada hikmah selepasnya. Kita manusia terhad untuk mempertikai segalanya, Redha kita menjadi landasan dalam menguatkan iman kita dalam mengharungi setiap ujian kita.

Terima kasih sudi baca sharing daripada hani. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan dan Allah memberkati.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE

Part 1 : cari kerja singapore