Surirumah vs anxiety

     Aku kerap merasai hal yang sama macam dada tiba tiba berdegup kencang, overthinking, perut rasa memulas. Benda ni berlaku bila aku kene berdepan dengan suasana yang ramai,aku jadi restless. Aku tak terperanjat kalau aku bertindak macam ni, sebab aku ni jenis yang ada darah gemuruh. Pernah aku kena gelak satu kelas sebab tangan aku mengiggil sebab nak kena hantar kerja sekolah dekat cikgu, kalau difikir balik buat apa kan nak menggigil bagai hantar kerja sekolah yang kau dah siap. Tapi, hakikatnya itulah yang aku lalui...Masa tu aku ingat lagi yang tangan kiri aku pegang kuat tangan kanan aku sambil bercakap dalam hati,

'' BERHENTILAH GIGIL'',

Teriak yang aku rasa paling kuat dalam diri tapi orang sekeliling tidak tahu. Waktu tu jangan cakaplah aku menahan rasa malu sebab aku mengiggil sebab darah gemuruh yang membuak buak. Waktu tu manalah ada awareness lagi pasal anxiety attack ke, panic attack ke, pasal mental health issue ke. Orang akan anggap kau bila ada reaction macam tu, akan menganggap kau macam lemah semangat, mengada ngada, lembik...

    Sedangkan apa yang diaorang tak tahu, kau juga taknak ada perasaan macam tu, kau nak jadi orang yang normal. Penat tahu tak bila setiap kali kau kena berdepan dengan ramai orang, tiba-tiba je jantung kau berdebar laju, perasaan tak keruan, sakit perut macam nak berak, tapi taknak berak pun. Perasaan tu bukan dibuat buat tau, apa yang kau rasa, kau je yang hadap. Penat setiap kali bila berdepan dengan situasi macam ni , kau kena melawan dengan sesuatu yang kau tak nampak dan kau pun tak tahu sebab dia berlaku tiba-tiba. 

    Aku start overcome problem aku ni, bila aku dah start kurang rasa macam ni start aku kerja luar negara dulu. Yelah time tu aku kerja luar negara, manalah ada keluarga disisi. Semuanya harus dilakukan secara sendiri, jadi aku akan selalu berdepan dengan situasi yang crowded, aku jugalah yang akan start the conversation bila aku tak tahu tentang sesuatu perkara selok belok ditempat baru. Waktu tu aku rasa macam bersyukur sebab aku dah tak macam dulu. Aku yakin aku boleh buat dan aku sentiasa kelihatan seorang wanita yang kuat dan berdikari.

    Tapi, sayang.... itu kisah lima tahun yang dulu. Aku ingat dengan setiap pengalaman yang kita lalui tu bolehlah kita jadi semakin kuat dan darah gemuruh aku ni bolehlah hilang. Darah gemuruh aku tak hilang hilang. Start benda tu timbul balik bila aku dah jadi surirumah hampir 4 tahun, aku rasa ni salah satu sebab kenapa darah gemuruh aku datang balik... Aku jadi nervous bila berdepan ramai orang, aku jadi susah nak tenangkan diri bila berdepan dengan situasi yang melibatkan aku kene berurusan dengan orang.

    Baru-baru ni aku dapat tahu aku pregnant anak kedua, so ni merupakan first time aku  untuk bersalin dalam Malaysia, negara aku sendiri. So, bagi aku benda pasal buka buku pink, minum air gula, terlalu banyak check up ni benda yang baru untuk aku. Sebab sebelum ni aku melahirkan anak pertama aku di Mesir tidaklah serumit ini. Sewaktu diMesir, check up aku sekali sahaja sebulan, tiada minum air gula, kiranya simple la waktu di Mesir. Aku rasa macam nervous sangat nak pergi check up.

    Padahal aku takde buat salah apa pun, tapi itulah perkara yang dihadapi orang yang ada darah gemuruh macam aku ni. Bagi orang ramai, memanglah benda tu nampak simple. Tapi kan orang yang ada darah gemuruh ni dia macam berlawan dengan diri dia sendiri untuk bertenang. 

'' Kau cuba nak bertenang, tapi tak tenang-tenang'', Kalau ingat balik macam sedih kenapa diri kau mcam ni.

Punyalah susah aku nak bertenang. waktu check tekanan jantung tu, aku punya heart rate tinggi gila, sampai nurse yang rawat aku tanya, awak berdebar ke. Pastu aku jawablah aku memang ada darah gemuruh, anxiety attack kalau pergi hospital. Heart rate aku tinggi sangat sampai aku kena buat ECG weyh, yelah takut aku ada masalah jantung. Tapi dah check aku memang takde masalah jantung.

    Masa buat ECG tu dia mcam letak alat alat yang mentol kecik tu kat badan kau. pastu ada kertas kertas keluar yang dekat bahagian print tu nak tgok jantung tu ok ke tak. Lepas dah tengok jantung aku takde masalah, aku kena amik darah lagi untuk check sama ada aku ada thyroid atau tak. Tapi keputusan tu aku belum tahu lagi, sebab darah tu kena hantar dekat hospital besar lain untuk pastikan.

    Waktu Dr. check up dia check juga lidah, kuku ngan leher aku. Aku macam rasa stress sikit sebab bayangkanlah aku datang pukul 8, nak dekat pukul 12 baru siap semuanya. Tapi, aku bersyukur sebab nurse doktor semua layanan mereka sangat baik untuk orang yang ada darah gemuruh macam aku ni. Walaupun aku stress sikit dalam masa yang sama overcome aku punya darah gemuruh ni, bila doktor nurse semua layan baik aku jadi macam relax sikit. Kalau ada terjumpa nurse or doktor yang marah-marah lagilah aku stress..

    Aku kena biasakan diri kot check up kat Malaysia ni memang banyak kali nak kena jumpa dalam sebulan. Jadi benda tu buatkan aku overthinking dan lagi la aku agak susah nak atasi masalah darah gemuruh dan anxiety aku ni kalau tiba-tiba dia datang.. 

Mohon doa semua semoga aku diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

*untuk yang berada dalam situasi yang sama macam aku, moga kita sama-sama kuat menempuhi ini semua, aku yakin Allah bagi aku dugaan macam ni mesti ada hikmah yang aku tak tahu.


....nanti aku sambung lagi... daaaaa



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE