.Bila aku fikir balik, termenung sendiri aku.


Kadang-kadang kita ni... tengok influencer pergi travel, beli barang branded kita rasa teringin nak jadi macam dia... Teringin nak berada dalam diri dia...

aku bukan cakap pasal sesiapa, aku cakap diri aku sendiri... Bila malam berjaga ni layan cranky anak,biasalah kita mak mak ni tidur tak tentu masa,  terbukalah laman sosialll kannnn, tertekan pulak story influencer influencer yang aku follow. Rasa macam kagum gila...

Aku kan tak tahulah, aku ni kagum dengan kejayaan dia atau harta benda yang dia achieve as a reward dia....

Rasa macam terinpirasi gila la senang cakap.

Aku stalk lama, bangga tengok pencapaian dia dan aku pun tahu benda yang dia nak capai semua tu bukan sehari dua, bertahun dia struggle nak achieve benda tu semua. 

Aku rasa bukan aku sorang yang rasa macam ni. Setiap kali nak post something akan post yang indah², adalah juga post pasal struggle "ala.... susahnya... "Tapi, boleh kata 80% sharing keindahan berbanding kepahitan. 

Orang selalu cakap, selalu tekankan kalau nak berjaya memang akan melalui kegagalan,kesedihan sebab dengan cara itu kita belajar untuk create sifat yang baru dalam diri kita. Tapi, kan....

Bukan semua manusia bertuah, bila dah gagal banyak kali akan berjaya untuk yang ke seterus kalinya... bukan semua...

Aku juga tidak mengiyakan bahawa orang yang tak berjaya ni malang hidupnya,mungkin ada something Allah nak bagi dekat dia dekat akhirat sana. Siapa tahu kan?

Bila aku fikir balik, termenung sendiri aku macam bermonolog tau dalam hati... aku ni perlukah nak kagummm gila² dengan apa yang dia ada..., apa yang dengan aku ni aku tak boleh kagum ke. Malang sangat ke hidup aku sampai nak kena banding bandingkan dengan influencer² ni...

entah entah dia pun nak kehidupan macam kita.. kita tak tahu selagi kita tidak ditempat dia. Jangan mudah percaya dengan setiap posting influencer sebab dalam diam mungkin dia sendiri sedang mencari sumber untuk dia terus bertahan dengan empayar yang dia bangunkan.


"setiap dari kita ada struggle masing-masing..", kau yakin ke yang senang tu senang... dan yang malang... tu malang...

kita manusia... aku ada dengar ceramah.. bagilah segunung emas dekat manusia ni mesti akan minta lagi segunung emas . Macam tulah manusia... Selalu nak minta dengan Allah benda yang kita tak ada... bersyukurnya tidaklah sekuat kita berdoa meminta sesuatu yang kita tak punya.

sebab tu aku suka tulis blog, sikit sebanyak bila aku tulis gini boleh ketuk sikit bahawa aku tak perlulah nak kagum sangat. Cepat atau lambat inilah jalan hidup Allah susun cantik untuk kita.


Hasil perkongsian cerita daripada tuan empunya blog :
Instagram aku : @nurhanazmi
Facebook aku : Siti Nurhani Azmi





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE