Minggu pertama lepas bersalin, macam mana nak survive sambil urus baby baru :(

       


Hai,assalamualaikum semua.  Selamat kembali ke dalam blog hani. Haha!  Lama hani tak update blog.  Kena konsisten patutnya, tapi kehidupan ni penuh dengan ujian dan cabaran.  Dalam blog kalini, hani nak share sikit pasal minggu pertama lepas bersalin. 

Anak dah enam bulan baru dapat shareeeee. HAHAHA

 Untuk ibu-ibu yang belum ada pengalaman lagi.  Macam mana nak survive nak belajar semua benda dalam satu masa.  Dengan nak urus baby lagi kannnnn...

    Bagi yang sedang menunggu hari.  Korang amat digalakkan untuk baca blog hani pada kali ni.  Semoga bermanfaat utuk perkongsian kali ni.  First thing first, bila dapt tahu je korang bakal ada baby.

1. BUAT PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Koraang kena satu benda ni, kehidupan korang selepas ada baby bukan berubah 45 darjah 90 darjah, tetapi 360 darjah tau!

sebab apa hani cakap gini.  Kita bakal menguruskan amanh Allah kepada kita ni daripada dia celik sampai dia tidur. 

Banyak yang hani nak share untuk part ni,korang kena tahu yang selepas korang ada anak.  

-Korang akan rasa penat-penattttt sangat.

-Tak cukup tidur dan tak cukup rehat.

-Ditambah pulak dengan emosi yang kita tak berapa faham anak kita meragam sebab apa.  Dah tukar pampers dah, dah burpkan dah... menangis tak tentu pasal sampai kita as  parent akan rasa macam nak give up, buntu nak buat apa da....

-Lagi-lagi dengan nak jaga tempat jahitan lagi yang sangat sakit.

-Di tambah dengan nak belajar macam mana nak latchkan anak supaya menyusu susu ibu.

Benda tu semua tak mudah ya, secara teori baca mungkin rasa macam biasa saja.  Tapi bila kau yang kena buat.  Memang boleh kena culture shockkkk! 

Apa yang korang boleh buat kat sini ialah :

-buat jadual persiapan makanan untuk berpantang dan sepanjang waktu korang nak adapt benda baru.  Berbincanglah dengan pasangan korang. Macam mana korang nak bahagikan tugas nanti.  Janganlah...biar semua benda kita yang tanggung.  Itulah guna pasangan salin membantu menguruskan rumahtangga.

Nah belilah buku ni untuk track korang punya schedule masa mengandung and after bersalin. Bole buat notes,klik link ni tau:

>>PREGNANCY BOOK PLANNER<<

-persediaan untuk proses penyususan bayi.  Perlu diingatkan untuk ibu-ibu baru, proses untuk kita menyusukan anak ni bukan perkara yang senang ya.  Bersedialah untuk lenguh dibahagian tangan dan belakang badan.  Strugglenya, hanya Allah yang tahu.  Dengan tak cukup rehatnya, anak nak menyusu, luka belum pulih.  Waktu ni baru kita tahu yang jadi ibu tu tak mudah.  Apa persediaan proses penyusuan disini boleh hani bagi tips ialah buat persediaan breast pump dan makanan-makanan yang boleh bantu air susu korang banyak.  Korang boleh cari kat sini :

>>MEMBANTU PENYUSUAN BAYI KORANGGG<<

Ada yang dari yang paling mampu milik hingga yang have-haveeeee.

Korang kena tahu ya, susu dalam badan bukan boleh keluar gitu je... dia makan masa.  Ada demand adalah supply.  Semakin banyak anak menyusu,makin banyaklah susu anak korang.  Rajin pump susu dan makanan yang membantu memperbanyakkan susu seperti minum susu, minum air horlick, makan kurma dan yang paling penting bila korang dah start menyusukan bayi,korang akan rasa sangat lapar.  Jangan lupa juga untuk sediakan snek2 kat meja tepi bilik meyusu korang sebab nanti senanglah korang nak makan lepas menyusukan anak kalau tengah-tengah malam buta kan...

-bila nak berpantang nanti, kena plan siap-siap,siapa yang akan membantu dan menjaga korang dan bayi nanti secara bergilir.  Bukan apa, sebab bila masih baru menjadi ibu tidak boleh terlampau stress dan takut nanti meroyan waktu berpantang.  Waktu ginilah, emosi mental dan kestabilan tubuh badan juga sangat penting.  Kena ada yang bantu,dan ada yang pantau.  

-banyakkan membaca zikir dan al-quraan supaya hati kita,diri kita dan anak dalam kandungan dilahirkan dalam keadaan sihat dan dipermudah urusan menjelang hari bersalin nanti.

Boleh juga guna ni untuk rumah kita supaya sentiasa ada zikir ,surah²:

>> Surah² DAN Zikir² portable plug<<

2. Korang kena tidur waktu anak tidur??

Korang kena ingat tau, minda seorang ibu akan jadi waras bila cukup tidur.  Sebab apa, bila korang ada anak nanti tidur korang akan terganggu.  Bayangkanlah baby newborn akan tidur dalam 18 jam-19 jam.  AKAN TETAPIIIIIII tidur untuk baby newborn bukan jenis yang tidur straight macam waktu kita tidur sebagi orang dewasa.  18 jam-19 jam tu dibahagikan kepada beberapa bahagian ya. Dua jam sekali hingga tiga jam sekali mesti anak bangun nak menyusu.

    Untuk permulaan ni,cubalah untuk memastikan rehat sekadar cukup,nak dapat betul-betul rehat tu susah sikit sebab anak masih bergantung dengan kita.  Bila anak tidur, kita tidur juga sebab nanti anak dah bangun takut kita yang tak cukup rehat.  Bertolak ansur dengan diri sendiri.  Kerja-kerja rumah macam basuh pinggan,basuh kain tu minta tolong pasangan untuk uruskan.

    Kalau pasangan kita tak tolong, siapa lagi akan tolong kan?  Kalau pasangan kita faham mesti dia ambil berat tentang diri kita.  Takkan biarkan kita sorang-sorang terkontangkanting ururskan anak-anak. 

3. Banyakkan berehat,jangan buat kerja berat

Sebagai seorang ibu pasti dalam otak kita ni asyik terfikir macam mana nak buat kerja rumah.  Ada je nak dibuat.  PLEASEEEEE untuk yang baru lepas melahirkan dan berpantang,fikirlah diri korang dulu.  Tapi, jujur benda ni susah klau kita tiada dapat pertolongan daripada orang yang rapat dengan kita.  Kadang-kadang ada yang faham dan buat-buat tak faham.  Itu yang buat diri kita terjerat untuk meminta pertolongan daripada orang yang lain.  Apa-apa pun komunikasi adalah kuncinya.  Ada anak ini memang cabaran yang sangat besar.  Bukan ujian anak itu sendri yang kita kena hadap, tetapi ujian dengan orang sekeliling juga.

4. Buat persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan.

selain persediaan daripada pihak ibu.  Persediaan untuk bayi yang bakal tiba juga sangat penting.  Macam tempat tidur bayi itu sendiri.  Seeloknya,sediakan tempat tidur bayi yang selesa dan kalau boleh ada baby crib itu sendiri.  Untuk elakkan anak terselit-selit dicelah badan kita.  Yelah kita dah kepenatan, mestilah kadang-kadang tidur tak sedar kita.

Anak selesa bila tempat tidur selesa. Boleh juga korang survey dekat sini:

>>BABY COT EXTRA PROTECTION<<

Jangn lupa juga sediakan lampin pakai buang bayi beserta keperluan kita dan anak untuk kita menginap di hospital semasa proses bersalin.  Boleh jadi lepas bersalin balik hari atau menginap beberapa hari.  Bergantung kepada keadaan kita dan anak kita.

5. Berikan ruang untuk diri sendiri supaya bersyukur atas nikmat ini.

korang kena tahu satu benda yang peluang dari dapat tahu bakal dapat anak, mengandung,bersalin ini tak semua orang boleh rasa dan alaminya.  Kita tahu menjadi ibu bapa ini bukanlah mudah tapi kita kena percaya yang rezeki Allah bagi ni adalah nikmat yang paling besar kita rasa sebagai seorang manusia.  Setiap orang rezekinya lain-lain.  Sentiasa kena beringat.

''Anak ini adalah amanah'',

hani tak kisah kalau korang memang dah pasang niat untuk beranak ramai,  TETAPIIIII kena tengok juga situasi keluarga kita macam mana baik dari segi persekitarannya dan ekonomi itu sendiri.

''Utamakan kualiti daripada kuantiti'',

Kita pernah menjadi anak kecil dan kita pernah berada dalam situasi keluarga yang kurang berkemampuan dan membunyai adik beradik yang sangat ramai.  Kita tahu the pros and  cons in that situation.  Jadi, kita kena lebih peka lah dan selami perasaan anak kita sendiri.

6.  Banyakkan ambil tahu tentang cara menguruskan anak kecil dan teknik penyusuan yang betul

Daripada awal lagi hani dah tekankan benda ni.  Jangan ambil remeh temeh ya benda ni.  Banyakkanlah join-join group pasal ibu hamil, dekat situ pasti ramai yang share tips dan kita juga boleh belajar.

Sekarang punyalah senang semua dihujung jari.  Takde alasan kalau taknak ambil tahu.  Tu PEMALAS namanya.  Ingat ya, once dah jadi ibu tak boleh malas-malas dan kena pantas buat kerja.  Nak bermalasan tu boleh tapi janganlah kerap sangat.  Kalau macam tu habislah anak-anak dan sekitarnya.

7.  Minta pertolongan 

Nak hadap benda baru bukanlah mudah.  Makan masa, sebab tu pentingnya kita ada tempat untuk meminta pertolongan.  Dekat sini ada dua situasi kalau misal kata kita diuji dengan pasangan atau mentua yang tak ambil kisah, kita kena keluar dari circle tu dan cari kehidupan lebih baik untuk diri kita dan anak kita.  In case kalau kita dah berbincang cara elok still x jaln.

Kalau dapat pasangan yang baik,memahami.  Bersyukur sangat, kita boleh terus minta pertolongan tanpa rasa risau dan takut.  Pentingnya diri kita dalam mencari kebahagiaan kita sendiri.

Sentiasa beringat.  Kita akan sentiasa diuji.  Dan kebiasaannya ujian kita ni akan diuji dengan benda-benda atau ora-orang yang kita sayang.  Kuatkan semangat dan yang paling penting mohon pertolongan daripada yang Esa.

OKayyyyy! itu sahaja perkongsian daripada hani.  Semoga sedikit sebanyak dapatlah bermanfaat untuk diri pembaca-pembaca sekalian diblog hani.

Thank youuuu sebab sudi baca :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE