Kita ni kan kalau berniaga janganlah sampai memaksa...


      '' hani, kau dah kaya sangat ke sampai tak nak join bisnes ?''

       '' mentang-mentang suami doktor, dah senanglah tu...''


huishhh memang menyirap je kan dengar bila mulut mulut macam ni berkata-kata. Hakikatnya inilah realiti yang hani hadapi bila ada orang yang mengenali aku baik secara berdepan atau alam maya, tak habis habis gayanya macam mendesak dan memandang rendah bila kita tak berniaga ikut cara mereka.

Hani dah lama tau tak aktif meniaga produk orang, satu aku dah tawar hati, dua penat nak jadi mak² turut paunder². Huhu . 

Hani macam nak take a breath kejap dari dunia yang menggunakan sistem ejen ni.

Entahlah bagi Hani mungkin dunia ni bukan untuk hani. Hani tak bolehlah nak brain dengan sistem mereka yang sistematikkus sangat tu... Bagi hani,mereka lebih mementingkan tembolok mereka sendiri daripada orang bawahan mereka, *tak semualah....tapi ada...

Banyak hani belajar sepanjang hani jadi mak turut paunder². Ada banyak yang hani boleh ambil iktibar.

Lain orang lain pengalamankan. Ada orang suka sebab produk terus ready, tak perlulah nak tunggu preorder². Hani nak ceritalah satu pengalaman dimana hani terjebaklah juga dengan jualan online yang menggunakan sistem ejen ni. Mula² join tu memanglah seronok dapat kawan baru, rasa happy tapi makin lama makin rasa dikhianati dan hani macam kecik hati sangat.

HAHA!

bila teringat kisah tu buatkan buka mata sendiri. Sebenarnya

ada orang cakap nak bisnes hati kena kental!

Mana maunyeeee kome hati ni nak kental, kalau founder sendiri jenis pentingkan anak tekak dia.

Kalau nak cerita memang ramai yang akan back up founder, dan akan kecam kita.

Tapi... tulah selagi kita tak duduk dekat tempat ejen2 yang struggle namatey. Janganlah kita dok perlekeh ejen2 ni. Tanpa ejen, tanpa reseller produk korang pun tak jalan juga.

Nak ceritalah satu produk yang hani pernah join. Hani taknaklah mention produk apa kat sini. Hani mula join untuk jual produk diaorang masa bulan 12 , 2021. Kenapa hani nak join sebab time tu baru sampai Malaysia jadi macam takde buat apa, so why not kot jadi ejen, saja nak tambah income. Bermulalah journey hani menjual produk orang. Mula2 tu join bestlah juga sebab kita an macam newbie2 so macam orang cakap bulan suai kenallah.

    Waktu ni tak nampak lagi sandiwara dia. Yelah budak baru kan. Kita just follow jelah the rules. Tapi makin lama hani perasan yang produk yang hani join ni dia macam lebih kepada menguntungkan satu pihak saja, iaitu pihak founder itu sendiri. Hani macam terkilan sangat sebab ialah kita selalu kan dah dibrainwashkan....

"ANGGAPLAH AWAK JUAL PRODUK ORANG NI, BISNES AWAK SENDIRI BUKAN BISNES ORANG LAIN"

hani rasa nilah ayat macam scam sangat. sebab apa, yg acah founder ni pandai tau. Waktu nak sale dari ejen atau reseller ni suruh buat bisnes dia macam bisnes kita punya nanti lastnya gara² nak abiskan stok dia,kita punya order banyak tak masuk dalam sistem. Waktu ni hani pelik gila. 

Sedangkan hani buat sale banyak tau!. rasa geram je. pastu keluar produk yg sama utk 2nd batch tiba2 masuk dalam sistem tapi hani dapat rasa yg 2nd masuk dalam sistem sebab sambutannya kureng mcm 1st batch. sejak dari tulah hani mcm da tawar hati nak buat bisnes orang all out gila². sudahnya kita yg teraniaya. 

orang mesti ingat, ala x masuk dalam sistem je. korang tahu tak key in dalam sistem tula penting supaya kita boleh naik rank. tapi tulah kejadian ni memang buka mata hani sendiri. Kita yg x tidur mlm cari customer, kita yg x teraniaya. huhu

Hani sekarang teruskan legasi bisnes customize totebag je. malas da nak beria buat bisnes org mcm bisnes sendiri. 

walaupun baru start ada je order masuk. Alhamdulillah rezeki . Yang penting usaha dan tak patah semangat. Chaiyookkk untuk ibu² yang sedang berjuang !

kalau jumpa jenis lebih kurang pengalaman sama mcm hani, cepat²lah sedar . okay?

Disclaimer: tak semua tau , hanya segelintir founder yang pentingkan anak tekak sendiri.

                                                   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE