Aku serik tolong member yang mula mula cakap lain, buatnya lain....


 SERIK?

Kenapa aku serik , huhu. 

Bagi sesiapa yang tak mengenali aku, 

"Assalamualaikum!!!! ", nama aku hani, bagi korang yang baru pertama kali baca blog aku yang biasa biasa ni. Jemputlah baca...terima kasih tau support.hehe

kenapa hari ni aku nak cerita pasal serik. Bagi korang yang belum mengenali aku, aku ni pernah kerja dekat singapore. So, adalah pengalaman yang boleh diguna pakai dan menjadi teladan. hehe. Dah tu pulak aku ni suka sharing info pasal kerja singapore. Korang boleh baca kalau sudilah.

click link ni 

https://mrsfortis.blogspot.com/2019/08/info-penting-sebelum-ke-singapore.html

Ada juga follower follower member member aku , lecehlah kalau pergi sorang. Nak akak tunjukkan boleh? Berapa tu costnya. Macam macamlah ....

.
Aku boleh je kalau nak tunjukkan. Tapi kena bayarlah. Haha. Bukan soal berkira. Nak tunjuk satu satu tu menggunakan tenaga/air liur/air peluh semua. Kira fair and square la. Korang bayar aku, aku kasi ilmu yang aku tahu. Ilmu bukan sebarang ilmu , ilmu ni dari kota temasik 🤪🤪. Agak mengecewakanlah ramai member yang aku tolong....mula mula je semangat nak kerja singapore pastu bila dah dapat.

"pontenglah..."

"sakit perutlah...."

"tak tahanlah...."

habis tu korang expect apa...datang kerja singapore nak kerja yang mudah mudah... nak senang senang..... mana ada weyh..

mula mula memanglah semangat tolong member...lama lama sakit jugak aku...member byk buat taik...

Lagi satu, Kalau nak senang, ajaklah kawan untuk pergi sama pastu bayar sama sama.tapi tulah kawan ni kadang kadang tak sama macam semangat kau sendiri yang nak cari kerja.

Kau semangat garuda nak cari kerja,kawan kau semangat taik kucing .

Acano tu?

Sebab tu aku bukan tunjuk saja saja nanti. Aku akan tunjuk kat kau kiranya dari A sampai Z. Pergi mana pergi mana tapi 1 day trip sahaja. Pergi balik. Jimat sikit. Tapi penatlah ye..
.
Itu kalau aku tunjuk jalanlah ye. Aku bukan agent ye... Kalau aku agent takde maknalah aku sharing satu persatu info macam mana  nak gerak ke singapore mencari kerja, kat blog aku.

*Bantuan berbayar ni aku hulurkan kalau korang masih takut2 nak cari jalan ke singapore tu.

TAPI !!!!!

sekarang tengah pkp, jadi agak susah sikit kalau nak apply kerja dekat singapore. Tapi kalau misal kata korang nak cuba cuba nasib boleh takde masalah.

Manalah tahu rezeki korang kan. haha



Ulasan

  1. Alaaa, saya ke tu. Tak pergj pun kerja kat sana. Awal awal je beria 🥺

    BalasPadam
  2. Saya nak cari kerja dekat singapore

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://mrsfortis.blogspot.com/2019/08/info-penting-sebelum-ke-singapore.html

      Padam
    2. saya ada share dalam blog sebelum ini, boleh refer dekat link tu ya . kalau tak faham boleh tanya saya. okay :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE