Beraya di Mesir



Diam tak diam, hampir setahun juga aku duduk di bumi Mesir, pasang niat hari tu nak masuk kelas arab, tak tahulah macam mana ni.
Lagipun, stress sikit kalau masuk kelas dekat sini dengan situasi jalanraya yang tidak teratur dan bising, takut makin pening jadinya.  Di Mesir ni tak sama seperti negara maju atau membangun yang lain. Memang kena banyak bersabar kalau duduk Mesir ni.

Untuk entri kali ni aku nak bercerita suasana menyambut hari raya di Mesir. Bagi orang yang sudah biasa menyambut hari raya di luar negara sudah pasti sudah lali dengan rindunya akan masakan kampung. Walaubagaimanapun, selali lali mana pun , rindu akan tanah air itu amatlah mendalam dan sukar dilepaskan sehinggalah kaki ini dapat menjejakkan kembali ke tanah air.

Masih aku ingat lagi Tanggal 18 oktober 2018, aku sudah berangkat ke Mesir. Dan kali ini juga aku beraya sebagai isteri orang dan beraya di Mesir. Lepas dapat tahu je, hari raya jatuh bila. Takdela eksaited sangat 😆, tak beli baju raya pun. Sebab kat Mesir ni tak meriah kalau sambut hari raya Aidilfitri. Harapkan rumah terbuka rakan rakanlah baru dapat makanan raya.

Rumah terbuka pertama, kami beraya di rumah sahabat kami nana dan suaminya awwab


Menu mereka nasi kerabu , ngan nasi impit berlauk kalau tak silap. Rasa happy sangat walaupun raya perantauan jauh dari keluarga tapi kami disini semua dapat sambut hari raya bersama rakan rakan.

Rumah kedua kami beraya, rumah Haseena dan suaminya Mateen. Punyalah tinggi rumahnya, tingkat 6 naik tangga. Termengah mengah sampai rumah tuan rumah.

Kalau dalam gambar ni tuan rumahnya yang memakai tudung hitam dan suaminya memakai jubah ala ala kelabu . Menu makanan kat rumah haseena rendang ayam, nasi impit ngan sambal ikan bilis tumis,sayur lodeh.
Feveret betul rendang yang diaorang buat, sangatlah sedapppp. Masa haseena tanya hari tu, nak bungkus bawak balik tak. Memang berdesup nak bungkus makanan. Orang kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

Rumah ketiga kami beraya ialah rumah fiza dan zakwan. Time ni, sempat amik gambr makanan yang sebelum ni tak ingat nak amik, ingat mak makan je 😆



Masak laksam ngan satay. Pastu Fiza ada buat kuih kacang, mashaAllah sedap sangat memang lebih 5 kali tambah.

Fiza (yang pakai tudung plain hitam dan purdah hitam).

Rumah seterusnya, rumah kak baity dan abg syazriq. Menu tuan rumah ni pun hebat juga ayam goreng kunyit , pajeri kari kalau tak silap, ada sambal , nasi putih ngan buah ngan kuih raya.



Tuan rumah yang pakai baju sepasang warna yang sama  ditengah.


Biasalah kalau dah jumpa ramai ramai ramai , kalau tak amik gambar tak sah. 😆😆😆😆

Setakat ni , baru 5 buah rumah beraya. Terima kasihlah sebab buat rumah terbuka hari raya kepada semua rakan rakan yang lambat balik malaysia. Semoga jasa dan titik peluh kalian memasak untuk para tetamu terbayar dengan ganjaran syurga. Amin mudah mudahan.

Nanti ada juga jamuan hari raya anjuran PCT (perubatan cawangan tanta). Tapi tu nantilah. Next entry kita post. Terima kasih baca blog kita yang beshe beshe ni . 😆




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku tak hina orang kerja kilang, tapi.... | PART 1

Part 1 : cari kerja singapore

INFO PENTING SEBELUM KE SINGAPORE